Ahad, Oktober 05, 2008

KETIKA MATAKU....

"Cinta Sejati Langit dan Laut"


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka
saling menyukai di antara satu sama lain.Oleh sebab
sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama
dengan warna langit.Begitu juga langit sangat suka
pada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali
membisikkan kata-kata "Aku cinta padamu" ke telinga
langit. Setiap kali langit mendengar bisikkan penuh
cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya
tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan.

Suatu hari, datang awan...
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu
juga jatuh hati terhadap langit.Tentu saja langit
hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut
sahaja.

Awan sedih namun tidak berputus asa, mencari cara dan
akhirnya mendapat akal.
Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan
menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalangi
pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit,
sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir
awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu saja
tidak berhasil. Awan benar-benar terpesona dengan
kecantikan langit dan ingin memilikinya walau ia tahu
langit hanya mencintai laut saja.

Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui
hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu
mereka menyingkirkan awan yang menganggu. Dengan
tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Awan
terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak
berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak
berupaya lagi mengungkapkan perasaan cinta terhadap
langit. Kerana berasa terseksa dengan perasaan
cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan
menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak
terpisahkan. Kita juga boleh melihat di mana mereka
menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut,
di mana ada satu garis di antara laut dan langit"






Tiada ulasan: