Isnin, Julai 27, 2009

....INDUSTRI GERAGAU...

(penemuan yang tidak disangka)


KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU
Posted in bebasby Rudy

http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/

Just nak share dgn kwn2...Nih petikan dr blog Bro kat atas nih..

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.



Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.



Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.



Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.



Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.



Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?



Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.



Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.



Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.



Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar.

DAN.....




Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


Aidy

Jumaat, Julai 17, 2009

...::The Obsessed:::...



Salam...
Ngantuknyer Tuhan jer yg tahu..Tido pun tak cukup..Redbull dah minum...1st time aku gi jogging pagi2 buta...yer arr pk kan keadaan badan yg sering jer tak sihat..sonok plak...harap azam tak jadi hangat2 tahi ayam jerk..memula ingat nak gi jejauh..tapi pancitlah..dh lama tak jogging..kejang2 abis sume otot...Semalam aku gi chowkit ngan ajib,abg budi ngan hasnah..Byk beli buah jer...Memulanya diorg lepak mkn kat umah aku...aku masak ketam berempah ngan goreng ikan..sebagai pencuci mulut aku beli aiskrim ngan special Bubur durian yg aku wat sendr..lama dh tak mkn ramai2 camni..selera sgt..Abg budi bawak jus AVOCADO..Sumpah aku takleh nak mkn..peliklah mkn "benda " tuh..klu mkn camtuh jer ngan gula oklah skit..tuh pun aku tak gheti gak..ajib lah ajar aku...

Masa kitaorg gi Chow kit tuh byk gak buah2 yg kitaorg beli..Buah pulasan,Duku langsat,buah jambu ngan Mangga..Abg Budi ngan Hasnah sibuk beli ulam2..yerlah selera org tua...hehehehehehhehe...Pegi pasar kul 3 pagi.. camtulah jadinya...Lepas lepak minum jap kat kedai mamak..Aku order sup Kambing ngan tea Halia..makan lagi..adoilah~!!~~
Balik umah dlm jap 4. pg..






Title: Obsessed
Genre: Drama/Thriller
Directed by: Steve Shill
Written by: David Loughery
Starring:
Idris Elba,
Beyonce Knowles,
Ali Larter,
Bruce McGill,
Jerry O'Connell,
Christine Lahti


Hari Khamis tuh aku ada gi tgk wayang ngan ajib n Abg Budi..citer THE OBSESSED lakonan
Idris Elba -DEREK CHARLES-Tak bape kenal..tapi dia jd suami yg baik tapi teraniaya...
Lakonan mantap Beyonce Knowles -SHARON CHARLES-mmg best arr..dia nih pu kira jadi jer watak dia sbg isteri n mak yg baik n perjuangkan hak dia..tambah plak ngan lagu2 dia yg mmg best tuh..
Lastly si Ali Larter-LISA SHERIDAN- klu tak slah arr ejaan dia-dia nih berlakon gak dlm Heroes...so mmg aku tau lah dia nih mmg hebat..tapi mmg best lah dia berlakon dlm citer nih..dia jadi pompuan yg jahat..
hehehehhehehehe!!~~

Kisah dia pasal sorg Pompuan Nama Lisa yg tetiba muncul n terlalu minat kat suami org nih..mcm2 dia buat nak dptkan lelaki nih..tapi selalu gagal..sehingga satu hari dia berjaya gak dekatkan dr dia ngan boss dia nih..Yg paling best dia nih tak takut paper pun berani..sampai lah Beyonce tau..Mula lah Aksi2 dasyat..teringat citer KILL BILL..mmg ganas arr diorg nih lawan..Masing2 berjaya arr tinggalkan skit kesan kat peminat n suami yg selalu teraniaya....Klu korg nak tahu gi lah tgk..
Oklah kot movie ni..sbb dia ada cinta, pengorbanan,kesetiaan,n gaduh2 yg dasyat gak lah..

Tak ramai tgk wayang tuh..Start lam kul 12.15..rasanya dlm 10 org jer tgk...tp mmg best..Mungkin sebab hari khamis kot..Ada gak kelibat2 artis..si Nora Danish ngan bf br dia,Intan lidyana,Farish,Lisa Surihani n lain..Tapi sume tgk Harry potter..Aku minta gak citer tuh..mmg tak miz lah..
tapi diorg tak bape minat.. so aku cadangkanlah citer nih..Sib bek best gak..Tapi memula jer cam slow skit..Dah lama tuh oklah..Beyonce plak asyik sexy jer..hahahahahhaha!!~~
Lagi satu Film nih 18PL
so..yg tak bape cukup tuh..tunggu cukup luh ek..
hehehehhehehehehehhe

Jom kita tgk skit antara image2 dia::







Aidy

Selasa, Julai 14, 2009

My Village with no roads AT ALL !!!!!!!



Email dr abg azreen nih...
Best tul...
Tuh sbb aku kongsi dgn kwn2..
Memula ari nih mmg moody..
Dgn open id..
bosan sangat..
bila terpandang umah2 nih..
cam suka jer..
hehehhe...!!!!~~~

kat manalah agaknya tempat nih ek..
Klu diorg buat cam Homestay cam kay "kampung Lonek" negeri sembilan tuh best...
kat negeri mat salleh...
aku sanggup jd anak diorg...
hahahhahahahahhahaha!!!!

Nikmatilah ketenangan yg sama mcm aku rasa...
Leh ilang gak stresss......
Cubalah...
Klu tak rs..
Korang ner pasal lah!!!~~
ade aku kisah..
chak..chak...chak...


My Village …wherein u can’t find a single road...all transportations is done by boats alone…… but who cares, not a problem as it is so beautiful!!




Oh desaku!!!~~



Damainya!!!~~



Bila lah merasakan!!~~




Pelik jer kan....




My dream world!!~~




Bestnye kan....





Berangan seketika...




Leh berenang gak kan!!~~




Klu bosan leh pancing ikan..!!~~




Cantiknyer!!!!!





Aku suka sgt!!!~~Sejuk jer rs tempat nih...



Klu aku nyer!!~~aku nak bela ikan kat bwh umah...





Nak...nak....(mcm dapat jer)
kui..kui..


Aidy

Ahad, Julai 05, 2009

..::Keputusan bedah siasat Jacko bocor::...

jacko rip Pictures, Images and Photos

LOS ANGELES -
Keputusan bedah siasat yang dibocorkan kepada media menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson amat kurus dan kepalanya hampir botak, lapor sebuah akhbar semalam.
Berat badan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup ialah 50.8 kilogram dan perutnya hampir kosong kecuali mengandungi beberapa pil yang sudah larut.
Menurut keputusan bedah siasat itu, pinggul, peha dan bahunya dipenuhi dengan kesan jarum dipercayai akibat suntikan ubat penahan sakit.

Dia yang meninggal dunia ketika berumur 50 tahun memakai rambut palsu ketika dia didatangi anggota-anggota perubatan, kata laporan itu.
"Dia kurus kering, rambutnya gugur dan dia tidak menjamah makanan tetapi pil ketika meninggal dunia," kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu kepada media.
Jacko meninggal dunia pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini selepas diberikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadinya.

Dia meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti.
Menurut laporan bedah siasat itu: "Kesan suntikan terdapat di seluruh tubuhnya dan kecacatan itu disebabkan oleh pembedahan plastik yang dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

"Terdapat empat suntikan baru di sekitar jantungnya, kemungkinan daripada percubaan untuk mengepam adrenalin ke dalam jantung untuk menghidupkannya," kata laporan itu.
Tiga daripada suntikan itu sudah menembusi dan merosakkan dinding jantungnya manakala suntikan keempat di tulang rusuk.

Menurut laporan bedah siasat itu lagi, beberapa tulang rusuknya patah ketika usaha menyelamatkannya dilakukan pada Khamis lalu.
Penyanyi itu mempunyai lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering serta di belakang badannya kemungkinan menunjukkan dia pernah terjatuh.

Terdapat parut di kulitnya dekat telinga kirinya dan bahagian itu botak sepenuhnya. Parut itu mungkin wujud berikutan kemalangan ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.
Dalam penggambaran itu, rambutnya terbakar.
Keluarga Jacko meminta bedah siasat kedua dilakukan selepas bedah siasat pertama tidak menunjukkan bahawa dia meninggal dunia kerana perbuatan khianat. - Agensi






michael jackson Pictures, Images and Photos


Aidy