Sabtu, September 05, 2009

Ciss!!! Dasar lelaki!!

Lelaki Buaya Darat Pictures, Images and Photos


Amin ialah seorang pakar Matematik terkemuka di dunia dan hendak berkahwin. Tetapi dia didalam dilema kerana terpaksa memilih antara 3 wanita yang dirasanya memang yang paling sempurna untuk menjadi bakal isterinya. Maka lelaki ini membuat satu strategi dimana dia beri setiap seorang wanita tersebut dengan wang berjumlah RM10,000 dan tengok apa yang mereka akan buat dengan duit tersebut. Wanita pertama membuat total-makeover. Dia pergi ke salon kecantikan, set rambut, buat facial-treatment. Kemudian pegi pula ke pusat perapian terperinci untuk mencantikkan lagi bodynya. Selebihnya dia belanjakan dengan membeli baju yang cantik2 dan seksi2. Dia beritahu Amin yang dia berbuat demikian kerana dia cintakan Amin dan sanggup berhabis semata2 untuk kelihatan menarik di depan mata Amin. Amin sangat kagum dan terharu. Wanita kedua pergi shopping untuk membeli hadiah kepada Amin. Dia beli set golf club baru, handphone baru, XBOX 360, laptop Macintosh terbaru dan tak lupa juga suit-suit Calvin Klein untuk Amin. Semasa dia membe! ri hadiah2, wanita itu berkata kerana terlalu sayangkan Amin, dia sanggup membelanjakan semua RM10,000 tu untuk lelaki tersebut. Sekali lagi,Amin kagum dan terharu. Wanita ketiga melaburkan separuh dari RM10,000 tu ke dalam stock market, selebihnya ke dalam ASB. Saham wanita tersebut mengena dan wanita itu menerima wang b erkali ganda dari RM10,000 itu. Wanita itu kemudian pulangkan balik RM10,000 tersebut kepada Amin dan laburkan wang yang selebihnya dalam joint-account. Wanita itu memberitahu kerana terlalu cintakan dan sayangkan Amin, dia mahu bina masa depan dengan melaburkan wang yang diberi ke jalan yang betul. Dia mahu lihat mereka dan anak-anak mereka nanti hidup senang. Obviously, Amin sangat kagum dan terharu.

Sekali lagi Amin kompius..Amin memikirkan mana satu yang harus dipilihnya diantara ketiga-tiga wanita itu. Akhirnya Amin mengahwini wanita yang kedua kerana...... buah dadanya paling besar antara ketiga-tiga mereka. Dasar lelaki!!!!!.............


Bad Boys Ride Harley Girls Pictures, Images and Photos

Aidy

Tiada ulasan: