Sabtu, April 23, 2011

~TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!~




Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
BACALAH DENGAN TELITI!!!


Bismillahhirrohmanirrohim..
Marobbuka....





Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan
hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini
cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki
akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita
sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi
kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran
tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan
masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat
kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan
mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia
akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat
Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat
dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan
ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur
masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan
satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu
Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR





Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan
sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah
kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.



Sesungguhnya mengingati mati itu adalah sifat yg bijak..semoga kita di tempatkan dianatara org yg terpilih disisi-Nya..

Amin...



Aidy

Tiada ulasan: