Selasa, Mac 10, 2009

@What really happened............

true story Pictures, Images and Photos


Hi kawan2,



aku nak citer kat korang... kalau ko tahu berita pasal kejadian accident bas rosak mengelunsur hingga merempuh divider dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan seorang makcik terbunuh pagi semalam kat Jln Pudu berhadapan Swiss Garden yg di siarkan kat berita TV3 malam tadi. Aku berada kat tempat kejadian masa tu. Macam biasa laki aku turunkan kat bawah pokok tu ... berhampiran kat makcik tengah duduk tunggu bas.....makcik tu pandang kat arah kitaorang... aku turun dan berlalu dr situ pegi kat gerai nasi lemak utk breakfast.... gerai tu betul2 bersebelahan dengan makcik tu. Aku nampak peniaga (makcik lain) tengah duduk kat bawah pokok jugak sbb tak de customer masa tu. Aku sampai jer kat meja gerai tu... peniaga tu pun bangun... alih2 bagun jer ... dia terpandang kat belakang aku... muka terperanjat....cemas ... jerit.. Aku terus mengalihkan pandangan aku kat belakang... sempat sekilas pandang kepala bas dah nak dekat dengan aku... apa lagi aku berlari bersama-sama peniaga tu...dentupan kaca yang kuat...sambil berlari aku tutup kepala...terasa percikan kat baju (sambal ). Dah tu aku toleh kat belakang .... bas dah merempuh pokok tu... makanan jualan bertaburan.... aku terpandang sekujur tubuh melekat kat pokok tu dah tak bernyawa lagi. Tu makcik yg duduk tadi tu..... Innalillah...



Berjurai air mata aku.... sedih... syukur aku masih bernyawa.



Ini kenangan atau peringatan yang tidak aku lupakan... citer nie seolah-olah nyawa ku di hujung tanduk.














Kisah ini memang menyayat hati, malah sepatutnya tidak berlaku...
Rohani Abd Ghaffar, seperti selalunya akan menunggu bas di sini, di Jalan Pudu berdepan dengan Hotel Swiss Garden.
Jika dia shift malam, sebaik habis bekerja, kira-kira jam 8 pagi dia akan berjalan kaki dari Hospital swasta tempat kerjanya ke sini.
Dan, bagi penjual nasi lemak di sini, Rosnah Kassim, dia sudah lama mengenali Rohani yang selalu berbual dan membeli nasi lemaknya sementara menunggu bas..
Rohani tinggal di Taman Damai Indah 2, Cheras.
Pagi ini, sedang dia membungkus nasi lemak untuk beberapa pelanggan, tiba-tiba Rosnah terlihat sesuatu yang amat mengejutkannya.
Dia juga ketika itu baru berbual dengan Rohani dan terpaksa melayan pelanggannya.
Sebuah bas Ekpress dari seberang jalan, tiba-tiba meluru ke arah mereka.
Rosnah sempat menjerit kepada orangramai, bagaimanapun Rohani dipercayai tidak menyedarinya dan tidak sempat bangun.
Dan bas terbabit terus merempuh Rohani yang sedang duduk di atas tembuk pasu bunga.
Akibat hentakan kuat, bas itu selepas merempuh Rihani dan tembuk, terus melambung mengundur ke belakang.
Bas Konsortium Bas Ekpress ini dipercayai mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan ke Hentian Puduraya tidak jauh dari tempat kejadian.
Pemandunya sedang memeriksa kerosakan dipercayai di bahagian bateri, apabila ia tiba-tiba bergerak sendiri dan terus meluncur melintasi ke seberang jalan dan bergesel dengan sebuah lagi bas ekpress yang sedang berhenti.
Akibat hentakan kuat, mangsa cedera parah di hampir keseluruhan badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Meja menjual Rosnah juga hancur dan makanan bertaburan di atas kaki lima .
Mayat Rohani dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


Aidy

Red Pictures, Images and Photos

7 ulasan:

skatype berkata...

alfatihah...
buat mngsa..
mmg mnyanyat hati..

mummy roshie berkata...

syukur dt selamat...mmg ngeri kemalangan nih...tak sangka dy ade kat situ...

kita sedekahkan fatihah untuk allahyarham beliau...

Miko Shubashi berkata...

ye ke.. rase nyer penah dapat email yg sebijik cam nie... hmm...

WeBViDeOKLiP berkata...

perghh
ngeri gile

KhaiDrus berkata...

huhu

shiela ismail berkata...

xreti2 nak bertaubat?....

KhaiDrus berkata...

kan..
aku ker?